Our Class

We, 5sc3's members, 34 students in total are doing our best in defeating our greatest enemy, SPM to achieve the best result. We take 5 basic subjects with 5 other additional subjects that is ICT, Account, Physics, Chemistry and Additional Mathemathics. Our class techer is Pn Siti Lumazah and she is teaching us the Physics subject. As time goes by, we seemed to attract the teachers' attention in wrong way, but keep in mind that even our attitudes don't meet the teachers' expectation, we are still doing our best for our dearest teachers, our beloved parents and for our respected futures.

Moto

Motor tak hidup tanpa kunci , hidup tak cemerlang tanpa ilmu.

Visi

This world is way better off with the inventions of advanced technology, so grab this chance, prove ourselves, the ICT students that we can be those who invents the advanced technology.

contoh-contoh

Wednesday, August 18, 2010

Tazkeerah [muhasabah diri]

Ayah ini mempunyai 4 orang anak. Kerjayanya menuntut si ayah untuk sentiasa keluar dari rumah dan menyampaikan ceramah-ceramah ilmu ataupun kita panggil sebagai majlis zikir.

Pada suatu petang, si ayah pulang setelah seharian bekerja.

Ditakdirkan si ayah berasa haus. Dengan nada yang lemah tetapi lembut, si ayah berkata kepada anak pertama,

“ Kak long…ayah penatlah….Kak long tolong nak..bawakan ayah segelas air ’’ seraya matanya memandang lemah anak sulungnya itu.

Kak long ke dapur untuk membuat air. Ayah dapat menangkap bunyi hentakan kaki kak long apabila disuruh. Air diletakkan di atas meja dan diminum si ayah setelah diucapkan terima kasih.

Sempat, kak long berkata,

“Ayah ni..asyik suruh kak long je…adik-adik yang lain kan ada jugak. Kak Long pun ada kerja Kak Long…” lantas dia berlalu pergi.

Keesokannya, pada saat yang sama, ketika pulang dari kerja, si ayah mengatakan pula kepada anak kedua,

“ Kak Ngah…ayah penatlah….Kak Ngah tolong bawakan ayah segelas air ye nak…’’

Kak Ngah meluru ke dapur. Langkahnya biasa lalu diletakkan air di atas meja di hadapan ayah.

Kak Ngah berbisik, “ ayah, 50sen ye ayah.hehe. if ayah nak picit seringgit! Tambah kalau nak letak minyak panas, RM1.50 ye yah..” sambil tersengih sehingga menampakkan keseluruhan giginya.

Itu gelagat anak kedua. Keesokannya, giliran anak ketiga,

Ayah bersuara,

“ Kak Lang…ayah penatlah…haus…Kak Lang tolong bawakan ayah segelas air ye nak…’’

Gerak kaki diatur pantas. Sekejap sahaja, air sudah terhidang di depan mata si ayah lantas si anak terus membawa diri ke dalam rumah. Tidak berkata apa-apa.

Hari seterusnya…anak keempat.

Si ayah pulang dari kerja seperti biasa . Bersila di depan televisyen lalu bibir menutur,

“ Achik…ayah penatlah….Achik tolong bawakan ayah segelas air ye nak’’

Bibir si anak mengukir sebuah senyuman. Langkah disusun kemas. Dibawanya secawan air teh lalu diletakkan di atas meja.

Pantas achik berkata,”tunggu kejap ye ayah..”

Si anak meluru kembali ke dapur, mengangkat 2 pinggan kuih-muih yang telah ditinggalkan emak di atas meja. Di bawa pula kain safrah lalu dibentangkan.

Air diminum si ayah…hatinya begitu tenang dan dadanya terasa lapang.

Kaki ayah dipicit-picit si anak keempat sambil mulut mula berbicara

“Ayah penat ye…mari achik urutkan kaki ayah. Mesti lama ayah berdiri bagi ceramah hari ni…kalau nak, ayah ceritalah apa yang ayah sampaikan harini” celoteh anak dengan nada mesra

Ayah tersenyum.. pada mukanya terpapar satu raup wayah yang cukup senang dan bahagia…Bertambah-tambah sayangnya pada anak yang seorang ini…

**************************************************************************

4 ragam yang berbeza. Anak yang pertama menurut permintaan ayahnya, tetapi kedengaran hentakan kaki…tanda terpaksa. “ye la…ayah dah suruh…takkan tak nak buat”

Anak yang kedua pula mengharapkan ganjaran… apa-apa sahaja pertolongan pasti diminta dibalas dengan wang ringgit

Anak yang ketiga? Terus lari saat air diletakkan. Takut agaknya pada si ayah.

Dan anak yang keempat…

Dia melayan ayahnya lebih daripada yang diminta. Diminta teh, kuih muih turut dibawa lalu dihidangkan pula atas kain safrah. Cukup teratur

Begitulah kita~

Melalukan perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya..

kita lakukan kerana terpaksa, atau kerana ganjaran atau kerana takut?

Lakukanlah kerana kita mencintai~~~

Anak yang keempat melakukan segala perkara di atas kerana dia mencintai ayahnya. Dia kasih pada ayah yang menjaganya dan mendidiknya sejak kecil.

Adat orang bercinta…jika diminta 1, 5,6 dibawa. Hati, jiwa raga, bakul diserahkan ibarat dialah segala-galanya

Tiada yang susah kerana yang dibuat itu adalah untuk si dia yang tercinta.

Jika dibuat kerana terpaksa..maka hati itu akan merasa terbeban.

Perbuatan baik mungkin dibuat kerana ganjaran atau takut

Tetapi sebaik-baikya adalah kerana kita mencintaiNya

Begitulah sebaik-baiknya, hubungan kita dengan Allah SWT

Perintah Allah disempurnakan, larangan Allah dijauhi kerana mengharapkan keredhaan dan atas rasa cinta terharap penciptaNya. Rasa rindu untuk bertemu Allah SWT. MasyaAllah…alangkah indahnya perkara ini…

Cuba bayangkan..jika si ayah tadi “outstation” kerana urusan kerja

Kak long berkata, “ Ayah..belikan handbag ye!”

Mungkin ayah berkata ,”Oh..kak long ayah suruh apa-apa mesti buat macam terpaksa kan..tengoklah nanti ye..”

Kalau si anak kedua pula , “Ayah…angah nak purse leather tau yah”

Agaknya si ayah dalam hati berkata “ Aduhai..kamu ni dah lah hari-hari kerjanya menghabiskan duit ayah..asal mintak sikit kena bayar…ni kamu nak demand lagi ye…tengoklah ye”

Kalau si anak ketiga meminta, si ayah akan berkata, “ insyaALLAH..akan ayah cari ye nak”

Bagaimana pula dengan si anak keempat?

Agak-agak dia perlu meminta tak?

Pasti! Ayah akan memberikan sesuatu untuk yang anak yang begitu mencintainya itu….si anak tidak perlu meminta..ayah pasti akan mengingatinya…

Nah! Apa yang anda rasakan…

Jika kita mencintai Allah..pasti…Allah mecintai kita lebih dari itu…bukan? J

Bagaimana untuk mendapatkan cinta Ilahi? Jika dilihat dari sudut ibadah, ibadah-ibadah sunat atau nawafil merupakan tahap ukur / peluang untuk kita meninggikan kedudukan kita di sisi Allah SWT

Allah S.W.T. telah berfirman :

” Barangsiapa memusuhi waliku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang kepadanya. Dan tiadalah hambaKu mendekatiKu dengan sesuatu yang lebih Aku sukai dari (mengerjakan) apa yang aku fardhukan kepadanya. Dan tiadalah hambaKu mendekatiKu dengan an-Nawafil (amalan sunat) sehingga Aku akan menyintainya. Maka apabila Aku telah menyintainya, Akulah pendengaran yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memegang dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya. Sekiranya dia meminta kepadaKu nescaya akan Aku berikan kepadanya dan sekiranya dia memohon perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya”. (diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari)

Ramai yang memegang yang ibadah-ibadah sunat ini jika buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa. Jadi tak perlu sangatlah buat. Sayangnya kita untuk melaburkan lebih sedikit masa dan tenaga kepada Sang Pencipta .

Sedangkan..

Ibadah-ibadah tambahan ini menjadi lambang kecintaan seorang hamba kepada Rabb nya ~~~

Perbanyakkan zikir, basahi lidah dan hati dengan ayat-ayat suci Al Quran, bangunlah mendirikan solat sunat…

Meskipun mungkin anda pada mulanya memaksa diri anda melakukannya, insyaAllah..hati manusia itu bisa lembut. Jika istiqamah, ayat-ayat Al Quran itu menjadi tidak jemu dibaca dan hati pasti akan merindui untuk sentiasa menyebut-nyebut namaNya.

Akhir kata, sedikit doa untuk kita sama-sama hayati insyaALLAH

“Ya Allah…kurniakanlah kepada aku rasa cinta kepadaMu

Ya Allah…kurniakanlah rasa cinta aku kepada orang-orang yang mencintaiMu

Ya Allah..cintailah aku kepada perkara-perkara yang membuatkan aku cinta kepadaMu”

Semoga ramadhan kali ini menjadi pemula untuk kita meningkatkan kuantiti/kualiti ibadah kita. Larutkan diri kita dengan ibadah-ibadah sunat disamping meningkatkan kualiti-kualiti ibadah yang wajib. Manifestasi rasa cinta kita kepada Ilahi.

Selangkah kita menuju Allah, seribu langkah Allah menuju kita. Allah suka hamba-hamba Nya yang datang menujuNya.

Justeru, marilah kita sama-sama menuju Allah. Bagi yang belum mampu berlari, merangkak itu sudah memadai. Kemudian, kita sama-sama berjalan dan berlari kepada Allah!

Semoga kita semua istiqamah! Ameen Ameen Ya Rabbal Alamin~

Selamat dibius cinta~

***artikel adalah ilham penulis melalui tazkirah pagi di radio IKIM bertarikh 12 Ogos 2010

Archive