Our Class

We, 5sc3's members, 34 students in total are doing our best in defeating our greatest enemy, SPM to achieve the best result. We take 5 basic subjects with 5 other additional subjects that is ICT, Account, Physics, Chemistry and Additional Mathemathics. Our class techer is Pn Siti Lumazah and she is teaching us the Physics subject. As time goes by, we seemed to attract the teachers' attention in wrong way, but keep in mind that even our attitudes don't meet the teachers' expectation, we are still doing our best for our dearest teachers, our beloved parents and for our respected futures.

Moto

Motor tak hidup tanpa kunci , hidup tak cemerlang tanpa ilmu.

Visi

This world is way better off with the inventions of advanced technology, so grab this chance, prove ourselves, the ICT students that we can be those who invents the advanced technology.

Pertandingan Mencipta Video Merdeka

Thursday, August 11, 2011

Objektif :

1) memupuk minat dan kreativiti dalam kalangan remaja Malaysia dalam mempromosi perpaduan dan semangat 1Malaysia melalui ICT

2) mencetus keterujaan dalam kalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan kreatif

3) mendidik para pelajar tentang semangat patriotik dan menghargai sumbangan kemerdekaan terhadap kemajuan negara

Tema :

"ICT dan Kemerdekaan". Kandungan video mestilah dalam bahasa Melayu

Tarikh & alamat penghantaran :

Bagi pelajar 5sc3, sila hantar penyertaan anda kepada Pn Hariyatul di makmal komputer sebelum 4 September 2011. Sekiranya anda tidak dapat menyiapkan video sebelum 4hb9, anda diminta menghantar hasil kerja anda ke alamat berikut melalui pos (sebelum 7 September 2011) :

Sekretariat Pertandingan Mencipta Video Merdeka
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

Syarat-syarat penyertaan pertandingan mencipta video merdeka

1) Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli -warganegara Malaysia, pelajar sekolah menengah

2) Penyertaan boleh dihantar selewat-lewatnya pada 7 September 2011. Penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup tidak akan diterima

3) Video yang dihasilkan hendaklah diantara 3-5 minit

4) Video boleh dihasilkan dalam bentuk sketsa, dokumentari, iklan atau mesej khidmat awam

5) Video yang dihasilkan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak

6) Hasil mestilah karya asal peserta dan tidak pernah menyertai mana-mana pertadingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa

7) Setiap kumpulan berhak menghantar seberapa banyak penyertaan.

8) Penyertaan adalah percuma

9) Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat penerimaan rasmi akan dikeluarkan oleh sekretariat pertandingan kepada pihak sekolah

10) Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap

11) Salinan DVD yang diterima oleh pihak sekretariat pertandingan tidak akan dikembalikan

12) Penyertaan akan terbatal serta-merta sekiranya hasil karya didapati tidak asli

13) Hadiah-hadiah penyertaan akan ditarik balik oleh sekretariat pertandingan

14) Keputusan panel juri adalah muktamad

15) Peserta hendaklah membenarkan Sekretariat Liga Remaja Kreatif menyunting dan menggunakan hasil karya tersebut untuk kegunaan penyiaran/komersial

16) Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan berkaitan produksi peserta

17) Borang penyertaan yang lengkap hendaklah disertakan dengan
biodata peserta

-2 salinan dvd produksi yang telah dilabel

-perakuan dari pihak sekolah pada borang penyertaan

-perakuan penyertaan adalah kerja asli pada borang














ALL THE BEST FELLAS...i mean all my fellow classmates....

0 comments:

Post a Comment

Archive